MOTAC | Sasar enam juta pelancong China melawat Malaysia tahun ini

2023-01-22 1

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menjangkakan enam juta pelancong dari China akan melawat Malaysia pada tahun 2023.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing, sasaran itu dua kali ganda daripada jumlah pelancong China melawat Malaysia pada tahun 2019 iaitu 3.1 juta orang.